Thursday, January 27, 2011

Rahmat Ujian

seringkali aku berdoa pada-Nya,
agar tabah menempuhi hidup ini,
Ya Allah berilah kekuatan,
menempuhi dugaan yang mencabar...

~~~~~~~~~~~~

lumrah hidup, setiap manusia akan terasa dirinya diuji,
namun bezanya, bagaimana cara mereka menghadapi ujian???

smoking?
makan banyak?
tidur?
berfoya2?
bunuh diri?
main game?
mendekatkan diri kpd Allah swt?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


sebagai muslim yang mu'min dan muttaqin pasti jalan mendekatkan diri kpd Allah swt adalah pilihan mereka...knp? kerana mereka yakin, ujian itu drp Allah dan pasti penyelesaiannya juga ada pada-Nya=)


ingatlah, dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang...

Tuesday, January 25, 2011

Rileks Minda

walaupun mata sudah mengantuk dek kerana fokus kpd asigment yang tak berkesudahan, kukuatkan jugak jari2 ini untuk menaip...

baru lepas belajar bab islah dan tajdid menyebabkan fikiran ini merayau ke zaman lampau dimana dunia pada ketika itu menyaksikan perjuangan para mujaddid/reformis seperti Sayid Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897M), Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905M), Sayid Rashid Rida (1865-1935M) dan As-Syahid Imam Hasan al-Banna (1906-1949M.

Mereka berperanan dalam mengenalpasti penyakit yang berlaku dalam masyarakat pada zaman mereka seterusnya menyediakan plan bertindak untuk mengembalikan semula erti dan teks sebenar agama yang diselewengkan oleh pembawa bid’ah, mematahkan hujah dan pendapat yang batil serta dakwaan yang palsu, menyanggah pengertian negatif dan salah yang menjadi pegangan orang-orang yang jahil. Sebagai contoh Imam Hasan Al-Banna, beliau telah menyeru kepada penolakan semua fahaman Barat dan menekankan agar masyarakat kembali kepada asas dan ajaran Islam sebenar. Beliau telah membentuk Ikhwanul Muslimin yang merupakan satu gerakan Islam di Mesir.