Friday, November 5, 2010

Menelaah Tanpa Air Mata

menghampiri detik2 final exam, pasti ramai yang sibuk mencari not2 berkaitan, tidak kurang juga yang akan mendekatkan diri mereka dengan pejabat-pejabat lecturer. biasanya bangunan Malim sarjana juga tidak putus-putus menerima kunjungan daripada pelajar2.


memang semua orang mahu belajar tetapi ramai juga pelajar yang mengambil sesuatu kursus mempunyai sikap menyerah kalah sebelum berjuang. mereka kurang yakin diri atau kebolehan diri sendiri dan mempunyai sikap negatif. ramai orang mempunyai kebolehan intelek untuk mencapai matlamat pendidikan yang mereka tetapkan. ketetapan ini mestilah realistik.

walaupun dengan matlamat yang realistik, sesetengah pelajar gagal juga. ada empat kehendak asas yang mustahakuntuk anda meneruskan peluang anda menghabiskan kursus pengajian:

a) menentukan sebenar-benarnya apa yang anda hendak anda buat.
b) menerbitkan semangat dan keinginan untuk melihat lulus dalam kursus itu.
c) mendekati tugas itu dengan jangkaan kejayaan.
d) mengguna & mengamalkan cara belajar atau menelaah yang berkesan.

petikan buku Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam

Pendidik Harapan

assalamualaikum...

sejenak terfikir, siapakah pendidik sebenar?

mampukah diri ini memenuhi harapan untuk melahirkan generasi rabbani???