Tuesday, March 29, 2011

Mendidik Masyarakat Islam

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana memberi peluang kepada saya mencoretkan sedikit idea untuk perkongsian bersama khususnya dengan para pendidik di luar sana.

Para pendidik mestilah menyedari dan disedarkan tentang tugas mereka supaya bangun bergerak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mereka terhadap ummat ini. mereka mestilah dikejutkan dari sikap tidak ambil peduli terhadap masalah sosial yang kian meruncing saban hari.

Para pendidik mestilah mengambil peranan mereka untuk membina dan memperteguhkan institusi Pendidikan secara berterusan menurut syariat Islam demi melahirkan masyarakat yang tunduk dan patuh kepada penciptaNya Yang Maha Agung.

Tugas dan kewajipan kita sekarang ialah untuk meningkatkan kefahaman kita dan anak bangsa tentang Islam, mengambilnya sebagai satu cara hidup ( The Way Of Life ) yang menentukan kehidupan kita sebagai manusia. Selagi ummat Islam tidak memahami Islam itu, maka selama itulah kita akan menghadapi masalah dimana sahaja kita berada.

Sogokan ilmu moden yang sebenarnya tidak moden telah menghalang pemahaman manusia terhadap Islam iaitu Dinullah (Agama Allah) yang dikirimkan khusus oleh Allah kepada hambaNya. Islam adalah satu cara manusia mengenal dirinya tetapi manusia tidak mengenal dirinya seperti yang ditulis oleh seorang ahli fikir Amerika Syarikat Dr. Carlyle dalam bukunya " Manusia yang tidak Diketahui". Percubaan manusia untuk mengenal dirinya dengan menggunakan akal semata-mata tidak akan memberikan kepuasan dan kebenaran.

Pesan seorang sahabat saya kepada saya "The main failure as a teacher is he cant even teach himself"


Wallahua'lam.

1 comment:

  1. salam.. pendidik hari ini lebih mengutamakn pendidikan drp barat.. drp sistem pndidikn lg.. sbb itulah pendidkn hari ini krg bjya.. remaja smkn teruk.. sistem falsafah pendidikan Islam tdk ada, malah mncipta sistem mngikut kpala sndiri.. walahualam..skdr pndgn yg dhoif.. huhu

    ReplyDelete