Friday, December 2, 2011

Langkah Mujahid





Sahabatku…
Dulu semalam dan hari ini,

Ku melihat generasi demi generasi,
Menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah,
Lalu aku tunduk kesedihan dan kebuntuan…
aku benar-benar kebingungan dan bertanya:

“apa yang harus kulakukan untuk menebus kelelahan umat ini???
Jawabmu : bukankah kau seorang da’ie dan mujahid???


Kataku lagi: “ tapi langkahku terlalu lambat…..”
Jawabmu: kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu yang tak berkesudahan…
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan…apakah ada bekalmu disana???
lupakah engkau dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:



“Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”. (surah Ali ‘Imran: ayat 77)


Katamu lagi : “pada akhir zaman ini, orang2 yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digenggam hancur luluh jiwanya, namun andai dilepaskan hancurlah dunia…jangan takut untuk berjuang kerana orang2 yang berjuang ini memang dirintangi ujian. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar…”


Lantas kau membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kau merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Ali ‘Imran: ayat 139)


Kita hidup untuk perjuangan,
Dan mati untuk kehidupan…
Syurga impian…

Aku tunduk membisu, benarlah kata-katamu itu .


sahabatku…
“kadang-kadang aku keletihan di “perjalanan” ini.. ,
Namun kadang2 aku begitu bersemangat meniti harapan masa hadapan,
Mungkin kerana adanya dirimu sahabat sebagai pinjaman Allah buatku…”


Sahabatku…
Andai suatu waktu kita perlu berpisah untuk selamanya...
Jangan pernah ditangisi perpisahan itu,,,



Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan

Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah

-Wasiat Sayyid Qutb-

Ahda, 
ADC 5745
2 dec 2011




2 comments:

  1. assalamualaikumwarahmatullah..syukran k.da, 1 nukilan yg terbaik dan penuh dgn peringatan n nasihat..seandainya sy lemah dlm berjuang tegurlah sy..ssguhnya sy insan biasa yg masih bnyk kekurangan..oleh itu, dengan adanya shbt..secara xlgsung menjadikan sy kuat..ukhwah fillah, bahebbak fillah..insyaallah..^__^

    ReplyDelete
  2. wslm...he2..ika terbaik dah!!!uhibbuki fillah =), insyaAllah jom hidupkan budaya tegur-menegur

    ReplyDelete